Archive for the ‘Memory’ Category

Keretapi Dah Tak Penuh.

Tuesday, November 11th, 2008

30hb 9 2008, aku balik beraya di kampung, Kajang, Selangor. Aku terpaksa menaiki keretapi, setelah tiket² bas ekspress Johor Bahru- Kuala Lumpur habis. Jadi, pengangkutan keretapi menjadi alternatif buat aku untuk pulang beraya.

Sebelum aku membeli tiket keretapi, aku harapkan nasib dapat menyebelahi aku. Alhamdulillah, tiket untuk aku ada. Kalau tidak, beraya di perantauanlah aku.

Aku jangkakan stesen keretapi Johor Bahru sesak dengan orang ramai. Tapi jangkaan aku meleset sama sekali. Tidak ramai penumpang yang ada di situ.

Senario kali ini berbeza berbanding dengan tahun ‘90an, di mana setiap kali menjelang Aidilfitri, keadaan pasti sesak dengan orang yang ingin membeli tiket, pulang berhari raya di kampung halaman di samping sanak saudara yang tercinta.

Pada pendapat aku, mungkin ramai yang pulang beraya dengan menaiki kapal terbang, sebab tambang kapal terbang sekarang ni dah murah. J

Aku Tidak Lewat Lagi :-)

Thursday, March 13th, 2008

Dsc03329_2 Dulu aku sering kali lewat pergi ke kuliah.  Sampai lecturer² naik fade-up dengan aku. Berbagai alasan yang aku diberikan, namun ianya langsung dianggap tak relevan oleh lecturer. “Kalau begini sikap kamu yang suka datang lewat, kamu akan lewat juga walaupun dah bekerja,” sumpah seranah seorang lecturer tu. Aku mendengar saja, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bagaikan juga air dicurah di daun keladi.

Namun begitu, aku rasa sumpahan itu tak menjadi pada aku. Mungkin mulutnya tak begitu masin walaupun makan nasi goreng ikan masin. Ini kerana aku sudah sedar atas kesilapan dulu, lalu aku beli sebuah jam loceng yang comel di sebuah gedung membeli-belah yang terkemuka di Johor Bahru, City Square. Malah telefon bimbit aku juga, aku sudah tetapkan waktu untuk berdering. Seawal jam 0630, aku sudah berangkat ke tempat kerja, bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas.

Rekod kedatangan aku kini bertambah baik. Malah ketua bahagian aku memuji aku, lantas mencalonkan aku untuk menjadi pekerja terbaik untuk syarikat. Aku tersenyum saja, bila mengenangkan kembali sejarah silam terdahulu. Biarlah ianya tersimpan dalam lipatan sejarah. Never ever be a same again! J